Pada hari Rabu lepas(18 Feb. 2009), satu taklimat telah diberi kepada semua guru kaunseling baru Negeri Sembilan yang telah diadakan dibilik gerakan SK Rahang. Pengisian taklimat berkaitan dengan bidang tugas Guru Kaunseling dan perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di sekolah. Antara personalia yang memberikan taklimat ialah En. Mulub, En. Noorhisyam, En. Zulkarnain dan Tn. Hj. Amir Sharifuddin. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas jemputan taklimat ini. Diharap semua guru kaunseling baru dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di sekolah masing-masing. Semoga berjaya.........

2/22/2009

Penerima Anugerah Pelajar Berhemah Minggu ini

Posted by Kaunseling SMKPZ



Pelajar Lelaki

Nama Pelajar : Mohd Shamirul B Sulaiman
Kelas : 3 Arif
Cara Belajar : Susun masa belajar, elakkan memakan makanan yang melemahkan daya ingatan.
Harapan : Semoga SMK Pendeta Za'ba akan lebih cemerlang dan gemilang pada masa yang akan datang disamping dapat melahirkan insan yang berilmu dan berkualiti.




Pelajar Perempuan

Nama Pelajar : Nur Syazwani bt Shaaban
Kelas : 2 Arif
Cara Belajar : Study group dan belajar dengan ayah.
Harapan : Menjadi insan yang disayangi dan disegani serta cemerlang dalam kehidupan.

2/20/2009

Anugerah Pelajar Berhemah

Posted by Kaunseling SMKPZ


Pengenalan

UBKPZ telah menganjurkan program Anugerah Pelajar Berhemah. Program ini adalah salah satu program sahsiah untuk semua Pelajar SMKPZ. Ia berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru-guru khususnya guru tingkatan. Setiap minggu guru-guru perlu menilai pelajar-pelajar yang dirasakan sesuai dan layak untuk dicalonkan sebagai pelajar berhemah berdasarkan aspek disiplin, akademik, akhlak/adab dan beberapa keistimewaan tertentu. Program ini merupakan pelengkap kepada program-program pembangunan diri pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Matlamat

Program ini diharap akan melahirkan lebih ramai pelajar yang berdisiplin ,berakhlak dan beradab serta menunjukkan prestasi yang baik.

2/20/2009
Posted by Kaunseling SMKPZ


Kecergasan Pendeta Za'ba

UBKPZ telah menjalankan aktiviti ini pada 17 dan 18 februari 2009.Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan warga Pendeta Za'ba berada dalam keadaan yang bersemangat dan sihat. Pepatah ada mengatakan bahawa badan yang sihat akan melahirkan otak yang cergas. Program ini telah dikendalikan dengan kerjasama Pn Norhayati Abd Rahman dan Cik Dollores(Guru Praktikum UPSI) .Aktiviti ini mendapat sambutan hangat dikalangan pelajar dan juga guru-guru.Diharap aktiviti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

2/13/2009
Posted by Kaunseling SMKPZ





UBKSMKPZ ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar - pelajar tingkatan SMKPZ yang ditawarkan ke SMK Teknik. Pihak kaunselor mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Ingat tingkatkan disiplin. Pelajar ini akan melaporkan diri ke sekolah SMK Teknik masing -masing pada 23 Februari 2009. Setakat ini terdapat 16 orang pelajar yang ditawarkan ke SMK Teknik.

2/12/2009

Program Awal Remaja

Posted by Kaunseling SMKPZ


Pada 12 Febuari 2009 ,SMK PZ telah mengadakan Awal Remaja yang dikendalikan oleh Pn Chua dari NGO( Unit Perancang Keluarga Negeri Sembilan). Objektif Program ini adalah memberikan pendedahan kepada pelajar baru tentang asas perilaku remaja, tentang AIDS dan pendidikan seks .Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 103 orang .Program ini akan diteruskan bagi kelas tingkatan satu yang lain pada 26 Februari. Diharap program ini akan memberikan pengetahuan yang berguna kepada pelajar ini bagi mengharungi kehidupan yang mendatang.

2/08/2009

SELAMAT HARI LAHIR

Posted by Kaunseling SMKPZ


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENDETA ZA'BA ingin mengucapkan selamat HARI LAHIR kepada semua warga Pendeta Za'ba yang menyambutnya pada bulan Febuari