2/08/2009

LAWATAN KE BEIJING

Posted by Kaunseling SMKPZ




Tahniah kepada Pn Siti Azlin (GPK ko-Kurikulum ) dan Raja Nur Azlin yang telah mewakili negara bagi program Homestay Pelajar Muda ke Republik Rakyat China pada 16 Nov - 26 Nov 2008.Sebelum berangkat ke China,para pelajar yang terlibat yang rata-ratanya berumur 16 tahun dari seluruh Malaysia telah dikehendaki menghadirkan diri ke sesi latihan pusat yang telah diadakan di Wisma Belia Sdn.Bhd. Jalan Syed Putra Kuala Lumpur.Latihan pusat ini telah diadakan selama tiga hari iaitu dari 13 sehingga 16 Nov 2008.Program ini adalah di bawah kelolalaan Kementerian Pelajaran Malayia dan seramai 18 orang pelajar tingkatan empat dari seluruh Malaysia telah terpilih untuk menyertai program ini.Kami adalah sebagai duta kecil Malaysia ke China dan program seperti ini diadakan setiap tahun.Namun difahamkan ini adalah kali pertama kerajaan Malaysia menghantar peserta ke negara China.Sepanjang berada di China kami telah dipantau oleh seorang guru pengiring dari SMK Pendeta Za’ba,Seremban,Negeri Sembilan iaitu,Pn.Siti Azlin Bt Abu Zarin dan juga seorang pegawai pengiring dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,En.Tadzim B Mansor.Kami juga telah dibawa melawat ke lima buah sekolah disana untuk mengetahui dengan lebih lanjut sistem pembelajaran mereka selain dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di China seperti The Tien’men Square dan The Great wall. Alhamdulilah,berkat kerjasama daripada semua pihak,program ini telah berjalan dengan lancar dan telah memberi 1001 ilmu dan pengetahuan buat para peserta.

0 comments:

Post a Comment