Pada 3 Februari 2009 bersamaan dengan hari Selasa ,Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Pendeta Za’ telah menganjurkan satu Program Khas iaitu ‘Sekolah Bebas Buli’ yang diadakan di dataran Pendeta bermula jam 7.30 pagi.Penceramah jemputan ialah En.Mohd Tamyes yang merupakan seorang guru besar di SK Rahang.Antara objektif diadakan program ini adalah untuk meningkatkan dan memberikan kefahaman sebenar tentang buli kepada para pelajar.Selain itu,adalah untuk memeberikan pendedahan dan bimbingan keburukan membuli serta memupuk budaya selamat dalam kalangan pelajar
Antara intipati yang telah disampaikan oleh En.Mohd Tamyes adalah pengenalan terhadap jenis-jenis buli.Antaranya adalalah kes buli dari sudut lisan yang merupakan statistik tertinggi yang dicatatkan di Negeri Sembilan dan kes-kes buli yang lain seperti fizikal,seksual dan isyarat.Antara tempat yang sering menjadi sasaran pembuli adalah di kantin,tandas serta di stor.Tentunya apabila terjadinya kes buli,pastinya memberikan kesan terhadap psikologi serta trauma ngeri kepada mangsa yang dibuli seperti krisis identiti,kurang keyakinan diri serta tidak mahu ke sekolah.Dalam memastikan kadar kes-kes buli di negeri ini dapat dikurangkan,maka beberapa pelaksanaan hukuman telah digariskan bagi membendung gejala ini daripada terus berleluasa,iaitu hukuman rotan sebanyak 3 kali bagi kesalahan pertama,penggantungan sekolah selama 2 minggu bagi kesalahan kali kedua,serta kesalahan ketiga adalah pembuangan sekolah secara serta-merta .Di ahkir bicara.En Mohd Tamyes berharap agar para pelajar disekolah ini mampu menjaga disiplin diri dengan baik serta dapat menghindarkan diri daripada menjadi seorang pembuli seterusnya dapat mengurangkan inflasi kes buli di Negeri Sembilan dan menjadi seorang remaja yang berjaya dan bertamadun.
Dilaporkan oleh :- Fadhullah b Malik dan Shafik Shah(PRS Pendeta Za’Ba.)
.
.
Kalendar Hijrah
Demi Masa
Waktu Solat
Jom Sembang
Tetamu
Pautan Berita
Pautan Akademik
Rehat Minda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment